Animated Pictures Myspace Comments

Monday, August 31, 2009

gambar-gambar tudung fesyen terkini


Artikel pengayaan tudung

Pakai Tudung Ikut Bentuk Muka Cetak Emel
Pakai Tudung Ikut Bentuk Muka

Ol

pakai_tudung_ikut_bentuk_muka.jpg

eh MERAN ABU BAKAR


TUDUNG boleh diibaratkan seperti rambut. Cara pemakaian atau penataan yang betul dapat membantu wajah nampak lebih kemas dan menarik.

Tudung tidak boleh dipisahkan daripada busana. Tudung bukan hanya sebagai penutup kepala tetapi ia mempunyai fungsi lain.

Apabila memperkatakan mengenai tudung, pakaian yang dipakai akan tetap disentuh juga. Busana muslim tidak boleh terpisah daripada tudung.

Demikian menurut pereka gaya dan penulis beberapa buah buku fesyen Muslimah dan kecantikan dari Jakarta, Indonesia, Aju Isni Karim semasa ditemui pada bengkel pemakaian tudung di Butik Zahra, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Baca lagi...
Burqini - Ikut Syarak & Selesa Cetak Emel

Burqini - Ikut Syarak & Selesa

ARKIB UTUSAN MALAYSIA : 16/08/2009

burqini.jpg

PRESIDEN Nicolas Sarcozy telah menegaskan bahwa pakaian seperti Burqa dan sejenisnya tidak ‘dihalalkan' di Perancis, dan menggambarkan hal tersebut sebagai diskriminasi terhadap wanita. - Gambar hiasan


HAJAT wanita ini hanya ingin berenang sebagai senaman fizikal. Tidak seperti yang lain, wanita Paris ini, Carole yang baru sahaja memeluk agama Islam memakai baju yang menutup aurat. Baju renang Muslimah yang dikenali sebagai burqini akhirnya mengundang masalah kepada Carole. Carole dilarang menggunakan sebuah kolam renang awam kerana dia memakai baju renang yang menutup aurat. Baju yang dibelinya itu dikatakan tidak bersih dan membahayakan perenang lain. Benarkah begitu atau perkara ini merupakan diskriminasi kepada wanita Islam? Sedangkan baju renang yang menutup hampir keseluruhan tubuh wanita kecuali muka dan tapak tidak mempunyai perbezaan dengan baju renang yang sedia ada di pasaran.

Bergaya sopan, cantik dan tampil kemas sememangnya dituntut dalam Islam kerana ia menyerlahkan peribadi, di samping mampu meningkatkan diri serta keyakinan. Justeru, walau ke mana saja kaki melangkah penampilan perlulah dijaga supaya ia bukan saja dapat menjaga dan meningkatkan imej diri, tetapi turut membuatkan orang lain berasa senang untuk berdamping dengan kita.
Baca lagi...
Kuasa Suai Padan Cetak Emel

Kuasa Suai Padan

Oleh MERAN ABU BAKAR

kuasa_suai_padan.jpg

gaun kembang La Perla berwarna krim ini dipadankan dengan tutup kepala ala turban berwarna hijau muda.


SERINGKALI kita kehilangan ilham bagi menggayakan sesuatu fesyen. Lantas kita akhirnya memilih fesyen yang biasa-biasa sahaja.Tidak berani mempelbagaikan gaya atau menggunakan banyak warna ketika berpakaian mungkin menjadikan seseorang itu tampil kurang menarik.

Sedarkah anda mengenai kuasa suai padan dalam berpakaian mampu menjadikan anda tampil bergaya, kreatif dan up to date.

Suai padan bermaksud beberapa unsur busana yang dianggap serasi untuk saling digandingkan. Bagi menentukan ekspresi gaya, aksesori tambahan boleh ditambahkan.

Busana muslimah dengan konsep suai padan Butik Up2Date memperkenalkan pilihan berbeza wanita Islam.

Baca lagi...
Pasaran Tudung Ibarat Goreng Pisang Panas Cetak Emel

Pasaran Tudung Ibarat Goreng Pisang Panas

pasaran_tudung_ibarat.jpg

MOHD. YUSOP Abd. Manap merupakan satu-satunya pemborong tudung Bumiputera berjaya yang beroperasi di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.


PERNIAGAAN tudung telah sinonim dengan dirinya sejak 15 tahun lalu. Siapa yang tidak kenal dengannya, seorang pemborong tudung yang berjaya dan berhati waja dalam menempuhi cabaran terutamanya dengan pesaing bangsa asing yang kebanyakannya memonopoli pasaran tudung di kawasan Jalan Masjid India.

Berniaga di pasar malam adalah tapak kepada kejayaannya. Berkat kegigihan dan melihat peluang yang cerah dalam dunia perniagaan tudung sementelah tudung adalah pelengkap bagi wanita Islam menutup aurat, maka tanpa berfikir panjang, pemilik 12 Collection, Mohd. Yusof Abd. Manap memilih untuk menjadi pemborong yang lebih menjanjikan pulangan yang lumayan.

Kini, beliau merupakan satu-satunya pemborong tudung Bumiputera yang berjaya di kawasan Jalan Masjid India. Ribuan pengedarnya berada di seluruh negara malah di luar negara seperti Singapura, Brunei, Hong Kong, Mauritius, Sri Lanka, Maghribi dan United Kingdom yang sentiasa 'hauskan' tudung-tudung yang terkini yang boleh diperoleh di premis 12 Collection.

Baca lagi...
Sentuhan Istimewa Cetak Emel

Sentuhan Istimewa

Susunan Rahayu Mohd Salleh

sentuhan_istimewa.jpg

ABAYA - antara busana paling tradisional di dunia - menyingkap perspektif baru di tengah kota fesyen Paris, baru-baru ini.

ABAYA - antara busana paling tradisional di dunia - menyingkap perspektif baru di tengah kota fesyen Paris, baru-baru ini.

Pakaian luaran berona hitam labuh ke hujung kaki yang menjadi kemestian di kalangan jutaan wanita Arab itu kini mencuri tumpuan beberapa pereka fesyen terkemuka dunia.

Pengarah Artistik Christian Dior, John Galliano, misalnya antara 21 pereka yang menyuntik ilham menerusi deretan rekaan abaya yang dibawakan Saks Fifth Avenue Riyadh dan Jeddah di pentas peragaan berkenaan.

Selain Galliano, pencipta busana lain yang mengambil bahagian dalam peragaan abaya itu termasuk rumah fesyen Nina Ricci dan Jean Claude Jitrois dari Perancis, Blumarine dan Alberta Feretti dari Itali, Martin Grant dari Australia serta pereka Venezuela, Caroline Herrera.